Najib Sifat Pemimpian Pembangkang Umpama 'Air Dan Minyak'

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin tertinggi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti 'air dan minyak' yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.

Menurut Perdana Menteri pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain.

"DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka ini seperti 'air dan minyak' yang mustahil untuk disatukan."

"Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi," katanya Selasa.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata demikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor di sini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan