Lebuh Raya Utama Negara Sesak Dengan Kenderaan

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama dan ia dijangka berlarutan hingga tengah malam ini ketika orang ramai bergerak pulang ke ibu kota dan destinasi lain selepas cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan keadaan sesak dari Simpang Pulai ke Bidor, Tapah ke Gopeng serta kawasan Rehat dan Rawat Seremban (arah utara) menghala ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata kenderaan juga bergerak perlahan dari Changlun ke Bukit Kayu Hitam, Sungai Petani Selatan ke Bertam, Taiping Utara ke Bukit Merah, serta dari kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak ke terowong Menora.

Katanya, di arah selatan, aliran trafik perlahan sejak petang dari Tangkak ke Jasin, Ayer Hitam ke Machap dan Sungai Renggam ke Kulai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik bergerak perlahan dari Seberang Jaya ke Juru, Bukit Merah ke Bandar Baru dan di kedua-dua arah plaza tol Simpang Pulai-Tapah.

Di selatan, beliau berkata trafik sesak sebelum masuk ke plaza-plaza tol Ayer Keroh dan Simpang Ampat, dari Tangkak ke Jasin, Ayer Hitam ke Kulai Jaya, Machap ke Ayer Hitam serta Pedas Linggi ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban.

Sementara itu, di Lebuh Raya KL-Karak, trafik dilapor perlahan dari plaza tol Bentong ke Bukit Tinggi dan dari Genting Sempah ke plaza tol Gombak. -- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan