Lebih Banyak Bantuan Kepada Rakyat Jika BN Terus Dapat Mandat - Najib

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor, di sini, Selasa

Beliau berkata jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberi pelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, anggota Parlimen Kulai Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada US$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada US$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.

Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Najib berkata kejayaan program transformasi ekonomi yang membawa pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan negara turut diperakui sendiri oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

Pada pertemuan dengan Lagarde, katanya, beliau mengakui Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana agensi itu terpaksa mengkaji semula unjuran pertumbuhan ekonominya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut menyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.

Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.

Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

Pada 19 Feb ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik 'Wellness Township'.

"Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita," katanya.

Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.

Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPO akan menambah 70 lagi kedai.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

"Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat," kata beliau.

Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

"Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan 'Janji Ditepati' terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai.-- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan