Kemalangan Menurun Sepanjang Ops Selamat 2 - Pengarah KDNKA

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis berpuas hati dengan statistik kemalangan yang menurun sepanjang kempen Ops Selamat II sempena Tahun Baharu Cina sejak ia dilaksanakan 3 Februari lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata kempen turut menunjukkan keberkesanannya apabila kes pecah rumah semakin berkurangan.

Katanya jika dibandingkan dengan Ops Sikap 25 pada sambutan Tahun Baharu Cina lalu, kadar kemalangan dan kes pecah rumah dalam Ops Selamat II merekodkan perkembangan positif iaitu penurunan ke tahap yang lebih baik.

"Keseluruhan pelaksanaan Ops Selamat II adalah baik dan saya akan umumkan statistik penuh kemalangan dan kes pecah rumah sebaik sahaja kempen ini berakhir pada 17 Februari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penduduk di Kampung Sungai Ular di sini, Selasa.

Terdahulu, Salleh diiringi Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof dan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya di Kilometer 30 Jalan Kuantan Kemaman sempena Lawatan Pemantauan Ops Selamat II di negeri ini.

Salleh turut meminta pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan terutamanya pada musim perayaan.

Beliau juga meminta semua pemandu supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan balai polis berhampiran bagi melicinkan perjalanan mereka. -- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan