Johor Sambut Baik K'jaan Pusat Sedia Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Kerajaan negeri Johor menyambut baik usaha kerajaan pusat dalam menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata usaha tersebut menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meminggirkan keperluan perumahan rakyat berpendapatan sederhana dan sederhana rendah.

"Pembangunan perumahan mampu milik untuk rakyat adalah agenda pembangunan yang menjadi perkara pilihan kepada Perdana Menteri di negara ini," katanya pada Majlis Cabutan Undi Rumah Mampu Milik Nusantara Prima oleh Najib di Bandar Putra di sini, Selasa.

Menurut Ghani, perumahan mampu milik berkeluasan 800 kaki persegi ke atas semakin mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakyat di negeri ini.

Bagi perumahan kos rendah berkeluasan bawah 700 kaki persegi yang berharga lebih kurang RM40,000 di Iskandar Malaysia, permintaannya semakin berkurangan, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk memfokus kepada pembinaan lebih banyak rumah mampu milik agar dapat dinikmati rakyat berpendapatan sederhana dan sederhana rendah yang mencari keselesaan dari segi keluasan rumah.

Namun begitu beliau berkata, pembinaan rumah kos rendah akan diteruskan pada jumlah yang lebih kecil bagi memenuhi permintaan golongan yang memerlukan rumah tersebut. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan