BN Dalam Situasi Baik Menang Kerusi Beruas Dan Pantai Remis - Zambry

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PANTAI REMIS: Barisan Nasional (BN) berada dalam situasi baik untuk memenangi semula kerusi Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Remis pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata hakikat itu berdasarkan sokongan rakyat di Parlimen Beruas terhadap BN yang dilihat semakin meningkat dan merupakan petanda baik untuk menang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan negeri Perak di sini Selasa, Zambry berkata beliau tidak menjadikan saingan sengit sebagai cabaran untuk memenangi semula dua kerusi itu, sebaliknya lebih penting memastikan jentera BN bergerak lancar.

Beliau berharap calon bagi mewakili Parlimen Beruas akan meneruskan tradisi cemerlang bekas Presiden Gerakan, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik yang pernah berkhidmat selama 22 tahun di kawasan itu.

"Saya yakin pengorbanan besar beliau akan dikenang apatah lagi kalau dibuat perbandingan dengan anggota parlimen sedia ada," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Datuk Ngeh Koo Ham daripada DAP memenangi kerusi Parlimen Beruas dengan majoriti 1,828 undi mengalahkan calon BN Datuk Chang Ko Youn.

Dua kerusi DUN di bawah Parlimen Beruas iaitu Pengkalan Baharu dimenangi Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) dengan majoriti 14 undi manakala DUN Pantai Remis dimenangi Nga Kor Ming (DAP) dengan majoriti 5,076 undi.-- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan