Anak Lelaki PM Tunjuk Kebolehan Berbahasa Mandarin

Diterbitkan: Selasa, 12 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nor Ashman Najib
Nor Ashman Najib

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman, menunjukkan kebolehannya berbahasa Mandarin ketika memberi ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Pulau Pinang.

Norashman, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Ashman, mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada hadirin sebelum bapanya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran Barisan Nasional negeri itu.

"Selamat pagi rakan-rakan sekalian. Di sini saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada anda semua. Semoga termakbul segalanya seperti yang dihajatkan.

"Orang zaman dahulu menyatakan, rancangan sehari bermula pada waktu pagi, rancangan setahun bermula pada musim bunga, rancangan seumur hidup bergantung kepada daya usaha.

"Harap rakan-rakan sekalian terus berusaha demi mencapai matlamat 1Malaysia. Terima kasih. Gong Xi Fa Cai," kata Ashman yang pernah mengikuti kursus lanjutan selama tiga minggu di Beijing Foreign Studies University pada 2010.

Sebelum ini, beliau pernah menyanyi dalam bahasa Mandarin pada satu majlis di Kuala Lumpur City Centre selain ke udara selama 40 saat dalam iklan radio Tahun Baharu Cina bersama Najib baru-baru ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan