Tiada Kenaikan Harga Barang Kawalan

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan harga beberapa barangan kawalan naik di negeri utara tanah air, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga cili merah kulai dan tomato tempatan yang dilaporkan harganya dinaikkan di Kedah itu tidak tersenarai di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2013 yang dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu.

Jelas beliau, cili merah kulai yang dikawal ialah yang diimport dari China dan tomato yang dibawa masuk dari Thailand.

"Sehingga kini, penguatkuasa KPDNKK tidak menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga barangan tersebut dan laporan yang disiarkan oleh berita televisyen swasta semalam adalah tidak benar.

"Cili merah kulai dan tomato tempatan dari Cameron Highlands yang bukan barangan kawalan naik harga kerana terdapat banyak permintaan sempena Tahun Baharu Cina," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal peringkat Parlimen Bera di Triang dekat sini, Isnin.

Beliau meminta orang ramai yang mendapati ada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan kawalan supaya membuat aduan kepada pihak kementerian untuk tindakan sewajarnya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan