SPR Ramal Pelbagai Situasi Luar Jangka Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meramalkan pelbagai situasi luar jangka berkemungkinan berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keadaan itu adalah disebabkan doktrin ketidakpercayaan yang diterap pelbagai pihak terhadap ketelusan pilihan raya dan SPR selaku badan menguruskannya.

Justeru, beliau berkata tidak hairan jika ada ejen tempat mengundi yang juga wakil kepada calon sanggup untuk sama-sama mengawal peti undi awal dan undi pos.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata kali ini juga mungkin akan wujud kumpulan penyokong parti politik yang bertanding berada di luar kem tentera ketika proses undi pos dijalankan.

"SPR betul-betul mahu berikan yang terbaik untuk memenuhi pelbagai syor PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihan raya raya) dan pihak-pihak lain yang sentiasa memainkan isu mempertikai kredibiliti SPR.

"Jadi, kalau mereka hendak tidur di lokap bersama dengan peti undi yang dikawal di balai polis atau mungkin mahu mengiringi peti undi ke tempat simpanan kita akan benarkan, tapi masih mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya," katanya.

Menurut SPR, sehingga suku ketiga 2012, terdapat 13.1 juta pengundi berdaftar dan sekiranya pilihan raya diadakan selepas Mac, SPR menjangka pertambahan 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas.

SPR merekodkan 273,819 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangannya, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta anggota polis yang akan menjalankan undi awal dan undi pos.

Wan Ahmad berkata berdasarkan situasi politik semasa, SPR juga meramalkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditandingi dengan sengit pada PRU-13.

"...mungkin tiada calon yang boleh menang tanpa bertanding," katanya. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan