Presiden SAPP Sedia Tanding Guna Tiket PKR

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata beliau bersedia bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ketua umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya pembangkang menjadi parti pemerintah.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata kuasa autonomi untuk Sabah merupakan perkara utama yang diperjuangkan parti itu dan ia sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dan kerajaan negeri Sabah perlu ditentukan rakyat negeri ini sendiri, bukan oleh Kuala Lumpur.

"Kami boleh berunding tentang pengagihan kerusi, tapi autonomi Sabah tidak boleh dirunding. Malah, saya, Yong Teck Lee, sanggup bertanding atas tiket PKR sekiranya Anwar berjanji akan memberi autonomi kepada Sabah," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka parti itu di Dewan SM Kian Kok Hall, dekat sini, Isnin.

Yong berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Anwar yang ingin melihat SAPP bergabung dengan pakatan pembangkang dan kesediaan beliau untuk bertolak ansur tentang pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan