Peningkatan Ketara Media Sosial Sokong BN Banyak Membantu Gerak Kerja Parti- Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Peningkatan ketara pengamal media sosial yang menyokong Barisan Nasional (BN) ternyata banyak membantu gerak kerja BN Kelantan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata Umno Kelantan mengakui betapa besarnya peranan golongan itu yang secara keseluruhannya dipelopori golongan muda untuk menangkis segala fitnah yang dilontarkan pembangkang terhadap BN.

"Saya ucap tahniah kepada badan bukan kerajaan (NG0) yang berkumpul pada malam ini, semuanya seramai 350 orang. Mereka bersemangat untuk bantu BN.

"Kita tahu pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ataupun anak muda di Kuala Lumpur, malah yang berada di seluruh dunia mengikuti perkembangan sosial media.

"Jadi malam ini saya dapat komitmen yang cukup tinggi daripada blogger-blogger ini untuk bersama Umno," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa, di sini, malam Ahad.

Beliau berkata sejak setahun lepas, terdapat banyak peningkatan ketara dalam pelbagai aspek, terutama berkaitan isi kandungan dan strategi yang digunakan blogger-blogger tersebut untuk membantu BN.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat sejak pelancaran Gelombang Merah dua tahun lepas, selepas rakyat negeri ini mulai sedar kepincangan di dalam kerajaan negeri pimpinan PAS.

"Kita nampak ada perubahan besar berbanding 2008, perubahan ketara berlaku bermula di pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai (Kuala Krai) dan Galas (Gua Musang). Kehadiran dalam ceramah-ceramah parti pernah cecah sampai 40,000 orang iaitu di Sungai Petai, Pasir Puteh.

"Kalau program kerajaan mungkin boleh sampai, tapi ini program parti. Ini semua beri keyakinan, tapi kita tak takbur," katanya.

Justeru, Mustapa berkata pemimpin Umno perlu mengelakkan sebarang kesilapan dan merancang pelbagai perkara dengan lebih baik agar kebangkitan itu dapat dipertahankan.

"Kita kena buat kerja dengan teliti dan baik, jangan lakukan sebarang kesilapan. Kalau kita dapat laksanakan ini semua, kita dapat pertahankan kebangkitan yang bermula sejak dua tahun lalu," katanya.-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan