Pengunjung Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Teruja Bertemu PM

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengunjung yang hadir di majlis jamuan Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina melahirkan rasa teruja untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Padang Kolej Han Chiang di sini Isnin.

Majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang itu dihadiri lebih 80,000 pengunjung dan kebanyakan yang ditemui memberitahu mereka keluar rumah awal pagi bagi mengelakkan tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan terlepas peluang meraikan sambutan Tahun Ular bersama dengan pemimpin Nombor Satu negara itu.

Tang Poh Chong, 48, seorang pekerja swasta yang ditemui berkata beliau dan keluarganya mengambil peluang untuk berjumpa lebih dekat dengan perdana menteri yang selama ini hanya ditonton di televisyen sahaja.

"Saya harap dapat bersalaman dengan perdana menteri, semalam pun anak saya Tang Chuen Zhe, 10, tidak boleh tidur kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan perdana menteri hari ini," katanya.

Beliau yang tinggal di Kulim, Kedah berkata semangat 1Malaysia dan perpaduan juga dapat dirasai pada majlis sambutan kali ini dan gembira kerana turut berpeluang beramah mesra dengan kaum lain.

Majlis jamuan itu dimulakan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Cina dan nyanyian serta diselangi dengan persembahan video klip Tahun Baharu Cina yang menunjukkan penampilan khas perdana menteri dengan memalu gendang tradisional Cina.

Seorang lagi pengunjung yang ditemui T.Oormiladhevi, 20, seorang pelajar kolej swasta juga melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu perdana menteri pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

"Saya datang dengan ibu saudara K.Hemamalani, 39, dan ahli keluarga lain, sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan perdana menteri, sambutan ini juga sangat meriah, rasa seronok sangat," katanya.

Seorang suri rumah, Che Zaharah Din, 56, gembira kerana dapat merasakan semangat 1Malaysia dan perpaduan antara kaum pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.

"Mak cik datang dari Sungai Petani, rasa seronok sangat sebab nak jumpa perdana menteri. Suasana hari ini pun meriah dapat rasa semangat perpaduan antara kaum," katanya yang hadir ditemani suami dan tiga orang anak.

Katanya sempena cuti hujung minggu yang panjang ini juga beliau dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengunjungi kenalan berketurunan Cina serta melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang.

Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor memulakan lawatan ke Pulau Pinang sejak semalam dan antara majlis yang dihadirinya ialah Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama media Pulau Pinang. -- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan