Najib Makan Nasi Kandar Di Restoran Nasi Kandar Beratur

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menjamu selera menikmati menu nasi kandar yang popular di negeri ini iaitu Nasi Kandar Beratur di Jalan Kapitan Kling dalam rangka lawatan kerja dua harinya ke negeri ini.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anaknya iaitu Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev serta Ashman Razak, menjamu selera selama 40 minit.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan antaranya ayam goreng, telur masin, kari ikan, sambal sotong dan sayur bendi.

Perdana menteri dan keluarganya kelihatan teruja menikmati hidangan itu memandangkan beliau sememangnya merancang untuk menikmati kelazatan nasi kandar Pulau Pinang.

"Alhamdulillah...hajat saya tercapai, dapat makan nasi kandar. Nasi ini memang sedap, original...tapi kena makan di kedai baru puas, nak bawa balik hotel tak boleh," katanya kepada pemberita selepas selesai menjamu selera di restoran Nasi Kandar Beratur di sini malam Ahad. -- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan