Lim Tidak Hadir Majlis Tahun Baharu Cina Anjuran BN P.Pinang

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Isnin berkata beliau tidak dapat menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di sini kerana menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Lim berkata beliau perlu menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada pukul 11 pagi bagi menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di rumah rakan baginda.

"Sebagai tuan rumah, saya perlu menjemput kedatangan Raja Permaisuri Agong ke Pulau Pinang. Saya sudah pun menyatakan ketidakhadiran saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini Isnin.

Yang turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin politik. ' Najib akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang di padang kolej Han Chiang di sini. -- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan