Klip Video Tahun Baru Cina Satu Kelainan - PM

Diterbitkan: Isnin, 11 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penglibatannya dalam penghasilan klip video sambutan Tahun Baharu Cina bertujuan mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.

Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini, oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.

"Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.

"Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India... kita juga harus menghormati budaya Cina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada majlis Malam Media Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Hotel G di sini Ahad malam.

Dalam klip video berdurasi kurang satu minit itu, Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina.

Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.

"Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati," katanya.

Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.

Terdahulu, ketibaan perdana menteri disambut ketua biro dari 16 agensi media, antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Kumpulan News Strait Times Press, Utusan Malaysia, The Star, Guang Ming Daily, Sin Chew Jit Poh dan China Press.

Najib yang diiringi Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memulakan majlis dengan menggaul yee sang bersama wakil media.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan barisan pemimpin BN.

Perdana menteri yang dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang, sebelum itu menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, sebelum beredar ke kedai Nasi Kandar Beratur bagi menikmati nasi kandar popular di Pulau Pinang yang terletak bersebelah masjid berkenaan.

Esok, beliau dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, disusuli dengan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 orang.

Pelbagai acara diatur sepanjang majlis itu berlangsung termasuk persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea, Psy. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan