Trafik Sesak Di Beberapa Kawasan Di Lebuh Raya Pagi Ini

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya dilaporkan sesak pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan melalui laman twitter mengenai keadaan trafik sesak di Lebuhraya Plus arah utara dari Rawang Selatan ke Tanjung Malim dan Slim River ke Sungkai pada pukul 11.16 pagi.

Turut dilaporkan ialah mengenai peningkatan jumlah kenderaan dari arah Ipoh ke Terowong Menora pada pukul 11.19 pagi.

Bagi Lebuhraya Plus menghala selatan pula, LLM melaporkan keadaan trafik sesak dari Putra Mahkota ke Seremban dan Skudai ke Kulai Jaya pada pukul 11.17 pagi.

LLM turut melaporkan mengenai keadaan trafik sesak di sekitar plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak terutama di laluan Smart Tag dan Touch 'n' Go pada pukul 11.19 pagi. -- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan