Tahun Baharu Cina Disambut Dalam Suasana Meriah, Harmoni

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat Tionghoa seluruh negara menyambut Tahun Baharu Cina hari ini yang menandakan permulaan Tahun Ular dalam suasana meriah dan harmoni.

Suasana perayaan yang disambut dalam keadaan cuaca yang secara amnya baik disemarakkan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin negara, tokoh-tokoh masyarakat dan lapisan masyarakat pelbagai kaum ke majlis-majlis rumah terbuka.

Di ibu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai lebih 10,000 rakyat ke majlis rumah terbuka anjuran MCA yang diadakan di padang bola sepak di Flat Seri Johor di Cheras.

Turut hadir ke majlis itu dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jalan-jalan utama di ibu negara lengang berikutan warga kota mengambil kesempatan menghabiskan cuti di kampung halaman masing-masing, menjadikan perjalanan sambutan lebih lancar.

Di PERAK, kerajaan negeri mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman rasmi Menteri Besar pada 2 petang ini.

Kemeriahan sambutan di negeri itu disambung esok dengan penganjuran rumah terbuka Menteri Pengangkutan yang juga Anggota Parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha di Dewan Marina Island, Lumut manakala Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Perak pada 17 Feb di sebuah hotel di Ipoh.

Di KELANTAN, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mengunjungi beberapa buah rumah terbuka masyarakat Cina di sekitar Kota Baharu.

Kehadiran dua pemimpin disambut meriah penduduk berbangsa Tionghoa yang menyatakan rasa gembira apabila dikunjungi pemimpin berkenaan.

Beberapa lokasi utama di negeri itu menjadi tumpuan pelancong luar dan tempatan yang menjadikan cuti umum ini untuk membeli belah terutama di Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.

Di TERENGGANU, Pengerusi MCA negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Datuk Toh Chin Yaw, mengadakan majlis rumah terbuka di Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu, yang dihadiri pelbagai kaum.

Meskipun masyarakat Cina di Terengganu tidak seramai di negeri lain, namun sambutan di sini tetap meriah dengan penganjuran pelbagai program menarik oleh MCA antaranya pertandingan menghias kecantikan rumah dan persembahan kebudayaan masyarakat Cina dan pameran motosikal klasik di sekitar deretan bangunan warisan Kampung Cina.

Lewat malam Sabtu, puluhan ribu orang membanjiri kawasan Jambatan Kampung Cina di sekitar deretan bangunan warisan Kampung Cina untuk menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat Cina.

Di PERLIS, cuaca cerah membolehkan rakyat menghadiri rumah terbuka anjuran MCA Perlis di Dewan Khoon Aik dalam keadaan selesa, yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Md Isa yang ditemui pada majlis itu berkata, sambutan Tahun Baharu Cina jelas memperlihatkan kemesraan dan ikatan perpaduan masyarakat yang begitu kukuh di Perlis.

Beliau berkata perpaduan itu perlu dipertahankan dan menurutnya akan timbul masalah jika rakyat tidak lagi menghargai perpaduan yang selama ini menyuburkan keharmonian masyarakat.

Di MELAKA, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman bersama lebih 2,000 tetamu pelbagai kaum memeriahkan rumah terbuka anjuran MCA negeri di dewan Sekolah Menengah Pay Fong di sini.

Tetamu dihidangkan pelbagai juadah termasuk yee sang dan diserikan dengan persembahan istimewa Mohd Ali dan barisan Exco kerajaan negeri yang menyanyikan lagu 'Gong Xi Gong Xi' dan 'Heng Ong Huat'.

Di JOHOR, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman ketika berucap pada majlis ramah mesra Tahun Baharu Cina di Wisma Tiong Hua meminta rakyat di negeri itu mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum untuk pembangunan dan kemakmuran berterusan.

Katanya pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri khasnya di koridor pembangunan Iskandar Malaysia semakin menampakkan hasil di samping membuka banyak peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan lebih lumayan dan menikmati taraf kehidupan lebih baik.

Majlis tersebut yang dihadiri lebih 1,000 orang diserikan dengan persembahan kebudayaan dan tulisan kaligrafi Cina.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan