PRU-13: PDRM Bertindak Jika Ada Campur Tangan Asing

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.

"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.

Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU-13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.

Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU-13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang yang digariskan.

Beliau berkata polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan