PM Jumpa Pemimpin Masyarakat Tionghua Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program lawatan dua hari ke Pulau Pinang hari ini dengan menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin komuniti kaum Cina.

Ketibaan Najib di hotel tempat majlis berlangsung pada 5.15 petang disambut sorakan sekumpulan remaja yang melaungkan 'Hidup Perdana Menteri', '1Malaysia' dan 'Barisan Nasional' (BN).

Najib yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berjumpa dengan pemimpin masyarakat Tionghua kira-kira sejam.

Malam ini, perdana menteri dijadual menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina bersama media di G Hotel, Persiaran Gurney, disusuli majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling.

Beliau akan turut menikmati nasi kandar popular Pulau Pinang di kedai Nasi Kandar Beratur, yang terletak bersebelahan masjid berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan