Mayat Claudia Tiba Ditanah Air

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Claudia Theophilus
Claudia Theophilus

SEPANG: Mayat penerbit portal Bahasa Inggeris Al-Jazeera, Claudia Theophilus tiba di tanah air pada malam Sabtu, genap seminggu selepas dia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di kawasan pergunungan Baakleen, Lubnan.

Mayat mendiang tiba dengan penerbangan EK342 Emirates Airlines pada pukul 9.40 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mayat Claudia segera di bawa pulang ke rumah keluarga mendiang di Taman Desa Kepayang di Seremban.

Adik Claudia, Dora yang tiba lebih awal dari Lubnan berkata, keluarganya sangat bersyukur dan merakamkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Lubnan, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan Al-Jazeera yang banyak membantu mereka.

Sambil membaca kenyataan yang disediakan, Dora turut menggesa pihak berkenaan menghentikan spekulasi berhubung punca kematian kakaknya kerana siasatan masih lagi dijalankan.

"Bagi mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada kakak saya boleh berbuat demikian pada tengah hari esok di rumah keluarga kami.

"Majlis pengkebumian akan diadakan pada pukul 10 pagi Isnin di Gereja Visitation di Seremban," katanya pada sidang media di sini malam Sabtu.

Dia bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh wartawan kepadanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang mengetuai misi untuk membawa pulang mayat Claudia berkata fakta yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa Lubnan menunjukkan kematian mendiang disebabkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Khairun berkata Claudia sedang memegang senapang angin ketika duduk di luar rumah keluarga kawannya yang dikenali sebagai Nabil pada kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Lubnan pada 2 Februari lalu.

"Apabila kawannya keluar dari rumah, dia cuba mengambil senapang itu dan cuba mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut. Ketika itulah satu das tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita pada sidang media di KLIA.

Khairun berkata pihak berkuasa Lubnan masih lagi menahan Nabil bagi meneruskan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan bahawa majikan mendiang, Al-Jazeera menanggung semua kos membawa pulang mayat mendiang Claudia ke tanah air, sementara biro Pemuda Umno membayar kos logistik bagi keluarga mangsa.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan