Program Transformasi Sosial PM Sasar Kukuh Nilai Teras

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Sosial (STP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Februari, adalah bertujuan untuk mengukuhkan nilai-nilai teras, budaya kerja dan sikap dalam kalangan rakyat Malaysia.

STP, satu daripada tonggak "Najibnomics" dibentuk bagi memanfaatkan potensi belia untuk membolehkan mereka menyalurkan tenaga mereka ke dalam aktiviti positif dan membina, berdasarkan kepada minat individu mereka.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, program itu dilancarkan serentak di 390 lokasi di seluruh negara baru-baru ini.

Program itu mendapat sambutan amat baik dengan penyertaan lebih 1 juta sukarelawan belia, dalam inisiatif My Beautiful Malaysia, melibatkan pelbagai projek masyarakat.

"Lebih banyak inisiatif akan dilancarkan untuk memupuk semangat kesukarelawanan, kecemerlangan, kesederhanaan, toleransi, hormat dan keterangkuman dalam kalangan belia bagi proses pembinaan negara," katanya pada taklimat media di sini, Sabtu.

"Najibnomics" ialah satu set dasar ekonomi yang merangkumi idea-idea kreatif dan inovatif, strategi dan program Najib untuk mengangkat negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Mohd Irwan berkata, STP akan membangunkan satu masyarakat yang berdaya tahan, kompetitif, inovatif dan kreatif yang seterusnya dapat membangunkan sebuah negara yang boleh menyesuaikan diri kepada perubahan dan cabaran ekonomi dunia dan persekitaran sosial. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan