MAS Tingkatkan Berat Bagasi Percuma Untuk Penumpang

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines pada Sabtu mengumumkan bermula 14 Februari, penumpangnya akan menikmati tambahan 10 kilo kebenaran bagasi tambahan dan caj lebihan bagasi yang lebih rendah untuk perjalanan dalam semua kelas.

Di bawah garis panduan bagasi baru itu, semua penumpang dewasa dan kanak-kanak akan menikmati kebenaran membawa masuk 30, 40 dan 50 kg bagasi percuma untuk perjalanan dalam kelas ekonomi, bisnes dan pertama.

Tambahan bagasi ini merangkumi semua perjalanan bermula tarikh ini walaupun tiket yang dikeluarkan sebelum itu menunjukkan kebenaran bagasi percuma yang lebih rendah.

Manfaat ini diperkenalkan untuk semua penerbangan melibatkan konsep sistem berat untuk pemeriksaan masuk bagasi, kecuali perjalanan ke dan dari Los Angeles di mana caj adalah berdasarkan sistem bilangan beg.

"Polisi bagasi periksa masuk yang disemak semula itu meningkatkan tawaran produk kami dalam landskap bersaingan sengit industri penerbangan komersil.

"Ini juga sejajar dengan strategi Rancangan Perniagaan kami iaitu ‘Menarik Semula Pelanggan'," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan.

Caj untuk berat yang melebihi berat percuma baharu akan dikira mengikut zon perjalanan dengan kadar tetap dikenakan bagi setiap 5 kilo lebihan bagasi.

Kadar bagasi lebihan bagi setiap blok 5 kilo lebihan adalah RM30, RM60 dan RM90, mengikut zon perjalanan.

Di Malaysia, kadar RM30 dikenakan bagi setiap sektor di seluruh negara dan negara-negara Asean seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Kadar RM60 dikenakan kepada sektor luar Malaysia dan ASEAN, iaitu India, China, Sri Lanka, Maldives, Hong Kong, China, Taiwan, Bangladesh, Nepal, Jepun, Korea, New Zealand dan Australia.

Kadar antara benua RM90 pula dikenakan kepada semua penerbangan di antara Malaysia dan Jeddah, London, Amsterdam, Paris, Frankfurt dan Istanbul.

Garis panduan caj ini tertakluk kepada perjalanan dengan Malaysia Airlines dan tidak meliputi penerbangan perkongsian kod serta perjalanan dengan lain-lain pesawat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan