Jabatan Peguam Negara Setuju Inkues Kematian William Dijalankan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Jabatan Peguam Negara telah menerima permintaan daripada polis untuk menjalankan inkues ke atas kematian kanak-kanak berusia enam tahun William Yau Zhen Zhong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata polis menamatkan siasatan mereka pada Jumaat selepas merekodkan kenyataan daripada sejumlah 54 orang saksi.

"Kami menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada pukul 3 petang Jumaat dan meminta satu inkues dijalankan dan ia dipersetujui.

"Kami akan mencadangkan tarikh inkues itu dijalankan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu (13 Februari)," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

William, anak kedua pasangan Yao Kok Kang, 32, dan Goh Ying Ying, 28, dilaporkan hilang di Putra Height pada pukul 8.30 malam, 16 Januari lalu selepas dipercayai keluar dari kereta untuk mencari kedua-dua ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Seorang nelayan di Kampung Sungai Sireh dekat Klang menemui mayat seorang kanak-kanak hampir reput yang tersangkut di botnya kira-kira pukul 6.30 petang pada 24 Januari lalu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan