Inkues Kematian William Yau Di Mahkamah Majistret PJ Rabu Ini

Diterbitkan: Sabtu, 9 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues berhubung kematian William Yau Zhen Zhong akan bermula di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu ini.

Perkara ini dimaklumkan kepada Bernama oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahya Ramli menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, siasatan kes itu telah selesai dan 54 saksi dipanggil untuk dirakam percakapan.

William, 6, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya, yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Januari, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dan laporan awal DNA oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki itu adalah William. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan