Pupuk Semangat Hargai & Hormati Kepelbagaian Budaya - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama perlu sentiasa dipupuk di kalangan generasi muda khususnya mereka yang masih di bangku sekolah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata semangat itu penting untuk menjamin kestabilan dan keharmonian ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih baik serta mapan.

Beliau berkata menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama adalah aset atau kelebihan penting yang patut dibanggakan dan terus dipertahankan.

"Maka wajarlah, generasi muda kita perlu sentiasa dipupuk dengan semangat menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, memahami Rukunegara, memahami perbezaan budaya yang wujud, menghayati dan mengamalkan kesepakatan dan muhibah di kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia peringkat sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3, Bandar Kinrara dekat sini, Jumaat. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata inisiatif yang diambil dalam usaha memupuk kesefahaman dan perpaduan di kalangan generasi muda juga menampakkan hasil apabila Malaysia kini menjadi sebuah negara contoh hubungan antara kaum dan agama yang sukar ditandingi.

Katanya pihak sekolah dan institusi pendidikan perlu terus berusaha membangunkan persekitaran sosial yang kondusif serta menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid daripada pelbagai kaum, agama dan budaya agar satu identiti nasional Malaysia dapat direalisasikan. Justeru, beliau berkata pemimpin institusi pendidikan terutama guru-guru perlu mewujudkan perancangan strategik untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dan patriotisme melalui aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan kesukanan di sekolah.

Muhyiddin berkata pembinaan bangsa bermaruah dan berdaulat adalah tanggungjawab seluruh anggota masyarakat, untuk meletakkan bangsa dan negara setanding dengan negara maju.

Sementara itu, beliau berkata program hari ini dapat merapatkan jurang keharmonian dan muhibbah antara rakyat terutama murid-murid sekolah. Katanya sekiranya generasi muda yang dianggap generasi pelapis tidak bersatu padu dan tidak mempunyai visi serta misi yang sehaluan, kestabilan yang sedang dinikmati akan tergugat.

"Kerenggangan antara kaum dan agama dalam kalangan generasi muda akan semakin meluas, jika kecenderungan ke arah perpaduan tidak dipupuk dari peringkat awal terutama di peringkat persekolahan. "Jika dibiarkan berterusan mereka akan terus membawa haluan masing-masing dan menjadi lebih parah lagi apabila nilai keharmonian yang sedia terjalin terungkai dan musnah," katanya.

Turut sama pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia dimeriahkan lebih 1,000 pelajar sekolah yang mempersembahkan pelbagai permainan integrasi dan persembahan kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia adalah idea Raja Jordan, King Abdullah II yang diketengahkan menjadi resolusi yang diterimapakai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk disambut pada minggu pertama Februari setiap tahun di negara-negara anggota.

Malaysia buat pertama kalinya meraikan sambutan itu pada Februari 2011 seperti dianjur PBB. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan