Mayat Claudia Dijangka Tiba Di Malaysia Esok

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

>Claudia Theophilus
>Claudia Theophilus

PETALING JAYA: Mayat wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, yang terbunuh di kawasan pergunungan Baakleen, Lubnan dijangka tiba di tanah air petang Sabtu.

Pengerusi Biro Aduan Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang Sabtu.

Beliau menjelaskan bahawa misi Pemuda Umno itu diketuai oleh timbalan pengerusi biro , Khairil Anuar Ahmad telah tiba di Beirut pada 5 Februari untuk membantu dan membuat persiapan rapi untuk membawa pulang mayat mendiang ke tanah air.

"Mayat mendiang Claudia telah dikenalpasti oleh adiknya, Dora di hospital Baakleen, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Beirut.

"Misi pasukan ini juga terpaksa mendapatkan penjelasan daripada polis Lubnan dan kenyataan mereka turut direkodkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengenai permintaan keluarga mendiang yang mahu mayat mendiang di bawa pulang secepat mungkin, Muhammad Khairun berkata pasukan berkenaan telah memohon kepada mahkamah dan satu mesyuarat secara tertutup diadakan antara pasukan berkenaan dengan hakim.

"Mahkamah membenarkan permohonan kami dan mereka juga telah mengarahkan pihak polis mengembalikan semua barang-barang kepunyaan si mati walaupun ia dikategorikan sebagai bahan bukti dalam kes siasatan yang sedang dijalankan," katanya.

Tambahnya, kejayaan misi berkenaan tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama daripada keluarga Theophilus dan pihak Kedutaan Malaysia di Beirut serta Wisma Putra.

Pada 2 Februari lalu, Claudia, 42, yang bertugas sebagai penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, 2.30 pagi waktu Lubnan.

Mendiang pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar The Sun dan portal berita, Malaysiakini.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan