Malaysia Maju Sebab Dasar Kerajaan BN Betul - TPM - Berita Semasa | mStar

Malaysia Maju Sebab Dasar Kerajaan BN Betul - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka meletakkan Malaysia pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dasar-dasar tersebut mewujudkan iklim ekonomi yang baik sehingga pelabur asing memilih Malaysia untuk membuat pelaburan.

"Dengan dasar yang jelas, keadaan dalam negara stabil dan tiada ganggu-gugat oleh kumpulan tertentu, pelabur asing memilih Malaysia untuk membuat pelaburan mencurah-curah.

"Malaysia hanya sebuah negara kecil tetapi nilai perdagangan kita mencecah RM1.4 trilion," kata Muhyiddin semasa berucap pada perjumpaan bersama rakyat di Dewan 2020 di sini, sempena lawatan kerja sehari beliau di Perlis, Khamis.

Hadir bersama hampir 10,000 orang itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat serta dua bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Muhyiddin berkata Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara pengeksport namun berjaya kerana dasar yang dilaksanakan selain penekanan terhadap kualiti produk supaya diterima dalam pasaran negara maju.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mencapai lima peratus adalah baik berbanding Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom tetapi pembangkang menyatakan ekonomi negara menurun dan bangkrap, kata Muhyiddin.

Katanya kajian badan-badan antarabangsa meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing di dunia untuk membuat pelaburan dan tempat ketiga memiliki nilai-nilai hidup lebih baik dan selamat didiami bakal pesara dan pesara warga asing berbanding ratusan negara lain.

"Pembangkang mendakwa ekonomi negara jatuh dan negara menuju kebangkrapan. Tuduhan ini tidak betul kerana ekonomi kita berkembang lebih cepat.

"Sesiapa tidak bersetuju dengan saya boleh mencabar saya. Kerajaan BN telah berusaha membuat yang terbaik untuk seluruh rakyat negara ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan