Isteri Bekas Tahanan ISA Terkejut Penahanan Suami

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Chomel Mohamad, 48, isteri kepada Yazid Sufaat, yang dituduh di mahkamah pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan, masih terkejut dengan penangkapan suaminya.

Beliau masih sukar untuk mempercayai suaminya, Yazid, 49, masih terlibat dalam aktiviti tersebut setelah pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun sejak 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah.

"Saya tahu segala gerak-geri suami saya, kerana kami berdua sudah lama mengusahakan gerai makanan di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, di sini.

Yazid dan Halimah Hussein, 52, dituduh di Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana disyaki menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria tahun lepas mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Chomel, yang berpakaian serba hitam, juga menegaskan bahawa suaminya tidak mengenali Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Disember lepas.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, selepas suaminya ditahan pada Khamis, polis menyerbu rumahnya di Taman Bukit Ampang dan mengambil buku-buku agama, komputer dan telefon bimbit.

Sementara itu, anak lelaki Yazid, Zufar Arif, 21, berkata beliau akan menguruskan perniagaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bersama ibunya sepanjang ketiadaan ayahnya.

Zufar yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia di sebuah pusat pengajian tinggi awam berkata berita penangkapan ayahnya hanya diketahui kira-kira pukul 3 petang Khamis menerusi telefon. Beliau merupakan anak lelaki tunggal daripada empat beradik.

Kakaknya berusia 24 tahun dan dua adik perempuannya berusia 19 dan 15 tahun.

Tinjauan Bernama mendapati perniagaan menjual kuih dan air minuman yang diusahakan Yazid bersama isterinya sejak tujuh tahun lalu di kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta berjalan seperti biasa.

Beberapa media asing dan tempatan berada di sekitar kawasan terbabit untuk mendapatkan ulasan berhubung penangkapan Yazid yang merupakan tahanan pertama didakwa mengikut Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 selepas ISA dimansuhkan pada 31 Julai tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan