SPP1M Cerminkan Semangat 1Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menyifatkan pelancaran Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) kena pada masanya dan mencerminkan semangat 1Malaysia.

Naib Presiden Pekadin Simon Molubi berkata SPP1M menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dalam mentransformasikan pendidikan tinggi di negara ini dengan menjadikannya boleh akses kepada semua tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.

"Saya percaya kebanyakan rakyat, terutama ibu bapa, gembira dengan pelaksanaan SPP1M ini sebagai tambahan kepada skim PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"Perdana menteri kita memang mendengar keluhan dan kehendak ibu bapa serta pelajar. Pekadin berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan pendidikan ini," katanya kepada Bernama, di sini, Khamis.

Beliau mengulas pelancaran SPP1M oleh perdana menteri semalam yang bertujuan membantu pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat pembiayaan tambahan.

Pada pelancaran itu, Najib berkata SPP1M diperkenal kerajaan sebagai pembiayaan tambahan, khusus untuk pelajar dalam bidang kritikal terpilih dengan pinjaman dihadkan kepada RM100,000 dan RM150,000 mengikut kursus.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman PTPTN sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan