Tempoh Sah Tebus Rebat RM200 Pakej Komunikasi Dilanjutkan 3 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari 1 bulan kepada 3 bulan bermula Rabu.

"Mereka yang telah berjaya mendaftar dan telah menerima pengesahan yang berjaya pada awal Januari lalu tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke 3 bulan dari tarikh pendaftaran asal dan bukannya lagi 1 bulan.

"Kami dalam proses menghantar emel kepada semua yang telah mendaftar bagi memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Menurut beliau, syarikat-syarikat telekomunikasi dan wakil-wakil penjual yang dilantik juga telah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh tersebut.

Sehingga hari ini, lebih 440,000 belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 dan daripada jumlah tersebut, hampir 60,000 telah membeli telefon pintar baharu.

Setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan hampir 70 model telefon pintar.

Skim Pakej Komunikasi Belia ini telah dilancarkan pada 1 Januari lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan