Syarat Baru Pengambilan Pegawai Muda Rasional - Pat

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mempertahankan syarat pemohon memiliki ijazah pertama dengan kepujian bagi pengambilan untuk jawatan leftenan muda.

Beliau berkata syarat baru yang berkuatkuasa Januari tahun ini adalah rasional dan bertujuan melatih pegawai ATM menjadi anggota tentera yang bertaraf dunia sejajar dengan hasratnya untuk melahirkan pegawai yang bukan sahaja disegani dari segi mental dan fizikal malah kecemerlangan akademik.

"ATM sering menyertai pelbagai misi di luar negara dan latihan ketenteraan bersama negara luar, jadi kecemerlangan pegawai ATM dari segi akademik memainkan peranan penting bagi mengharumkan nama ATM di kalangan tentera luar," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Zulkifeli berkata kecemerlangan pegawai ATM dari segi akademik secara langsung telah memenuhi hasrat angkatan itu sendiri bagi melahirkan pegawai dan anggota yang mempunyai nilai modal insan yang tinggi.

Sebelum ini Bernama melaporkan ATM telah menetapkan dua syarat baharu mulai tahun ini dalam mengambil pegawai dan anggota barunya.

Dua syarat baharu itu antara lain menyebut individu yang ingin menyertai pengambilan pegawai muda hendaklah mempunyai ijazah pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang, manakala bagi pengambilan ke jawatan lain-lain pangkat perlu lulus Sijil Peperiksaan Malaysia.

Dua syarat itu mengundang pelbagai respons daripada orang ramai yang beranggapan ia terlalu sukar untuk dipenuhi anak muda masa kini.-- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan