PM Lancar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kanan). SPP1M berfungsi sebagai dana tambahan untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, profesional dan ijazah sarjana dalam bidang kepakaran perubatan di institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kanan). SPP1M berfungsi sebagai dana tambahan untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, profesional dan ijazah sarjana dalam bidang kepakaran perubatan di institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk membantu pelajar-pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan.

Perdana Menteri berkata kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim tersebut di sini, Rabu.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan SPP1M akan diadakan dalam dua peringkat iaitu suku kedua tahun 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar dan program luar negara.

Najib menjelaskan, melalui cara itu membolehkan ramai lagi pelajar berpeluang meneruskan pengajian dan mungkin kepada yang sebelum ini tidak mampu belajar di luar negara boleh berbuat demikian.

"Sebanyak dua buah bank akan menawarkan pinjaman iaitu Maybank dan RHB Bank dengan kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih rendah berbanding biasa," katanya.

Najib berkata cara itu adalah sesuatu yang unik dan belum pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dan beliau menaruh keyakinan skim tersebut dapat memberi faedah kepada rakyat dalam kalangan pertengahan.

"Ia juga dapat menambahkan lagi bilangan pelajar menyambung pengajian di universiti terkemuka di luar negara," katanya.

SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan tempoh pinjaman selama 20 tahun (15 tahun pembayaran balik), faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan