Kesihatan Sultan Pahang Semakin Pulih - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Rakyat jelata tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang kini dikhabarkan kurang sihat.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, keadaan kesihatan ayahandanya kini semakin baik setelah mendapatkan rawatan daripada doktor peribadi dan rehat yang secukupnya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selamat...baginda telah menjalani pemeriksaan kecil perubatan dan kini dalam perjalanan untuk mendapatkan 'second opinion' (pandangan kedua mengenai kesihatan baginda) di UK (United Kingdom).

"Rakyat tidak perlu bimbang (dengan kesihatan Sultan) dan saya harap rakyat terus mendoakan baginda terus sihat," titahnya.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Tanjung Gemuk, dekat sini Rabu.

Sebelum ini, Sultan Ahmad Shah dilaporkan tidak sihat ketika sedang menyampaikan pingat dan darjah kebesaran sempena hari ulang tahun baginda yang ke-82 kepada penerima-penerima pingat di Istana Abu Bakar, Pekan, Sabtu lepas.

Sementara itu, Tengku Abdullah meminta kerajaan negeri dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji secara holistik sistem perparitan yang menjadi punca banjir di kawasan Rompin.

Katanya langkah itu perlu bagi menjaga tanaman padi agar tidak musnah dan mengelak kediaman pesawah dinaiki air ketika bencana banjir melanda kawasan berkenaan.

"Dari apa yang saya perhatikan perkara yang sama berlaku tiap-tiap tahun. Sudah sampai masanya JPS mengkaji semula secara holistik punca-punca banjir bagi menjaga tanaman padi agar tidak musnah oleh faktor-faktor tertentu," titahnya.

Hampir 300 mangsa banjir daripada 76 keluarga daripada tujuh buah kampung di Rompin terpaksa dipindahkan di tiga buah pusat pemindahan di daerah ini berikutan rumah mereka dinaiki air sejak pagi Selasa.

Kampung yang terjejas adalah Kampung Kurnia, Kampung Setajam, Kampung Sarang Tiong, Kampung Mentara, Tanjung Gemok, Kampung Perepat dan Kampung Janglau. -- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan