Tidak Perlu Ragu Kualiti Air Tangki - Syabas

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) pada Selasa memberi jaminan air yang disalur kepada pengguna menerusi lori tangki dan tangki statik adalah selamat dan tidak perlu diragui kualitinya.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata air yang dibekalkan itu mematuhi piawaian parameter kualiti air di bawah Program Jaminan Kualiti (QAP) yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Piawaian tersebut merangkumi parameter-parameter yang berpandukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia seperti kandungan baki klorin bebas, tahap kekeruhan, PH dan warna air terawat," katanya dalam kenyataan, Selasa.

Justeru, katanya pengguna tidak perlu ragu-ragu terhadap tahap kebersihan air yang dibekalkan menerusi lori tangki Syabas terutama ketika krisis air.

Priscilla berkata Syabas sentiasa memantau kualiti air dari semasa ke semasa agar tidak berlaku sebarang pelanggaran parameter piawaian yang ditetapkan.

Beliau berkata air yang telah diisi ke dalam tangki lori akan diuji bagi memastikan tahap kualiti air kekal mematuhi piawaian KKM, dan ujian sama turut dibuat terhadap air yang diisi ke dalam tangki statik.

"Sekiranya hasil ujian tidak menepati piawaian, bekalan air tersebut tidak akan dihantar kepada para pengguna," katanya.

Katanya pengguna yang mengalami masalah kualiti bekalan air, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252, atau menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman sosial Facebook dan Twitter Syabas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan