Najib Dan Ashman Sampaikan Ucapan Tahun Baru Cina Di Radio Dalam Bahasa Mandarin

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendengar radio terkejut mendengar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap dengan anak bongsunya, Nor Ashman dalam bahasa Mandarin.

Najib bersama anaknya yang berusia 22 tahun telah ke udara selama 40 saat dalam iklan radio Tahun Baru Cina, pada Isnin.

Iklan itu bermula dengan seorang wanita berkata: "Hei, seseorang sedang belajar bertutur bahasa Mandarin".

"Na Ji. Wo shi Na Ji (Saya Najib)," kata Najib sambil anaknya, yang sebelum ini belajar bahasa Mandarin di Beijing Foreign Studies University, membetulkan sebutannya.

Wanita di radio kemudiannya berkata: "Mengejutkan ia adalah Perdana Menteri kita. Dan siapa yang mengajarnya bertutur bahasa Mandarin?"

Nor Ashman kemudian bertanya bapanya sama ada dia tahu makna namanya dalam bahasa Cina, yang mana Perdana Menteri menjawab: "Ya, saya diberitahu ia bermakna semua perkara-perkara positif dalam kehidupan.

Najib kemudian bertanya anaknya makna namanya dalam bahasa Cina dan Nor Ashman balas: "Si ji ping an (Keamanan untuk semua musim)".

Kedua-dua mereka telah menggabungkan nama mereka untuk melanjutkan ucapan perayaan mereka kepada pendengar: "Tahun Baru Cina semakin hampir. Izinkan kami menyampaikan ucapan kepada semua."

"Gong Xi Fa Cai," kata Najib dan Nor Ashman secara serentak.

Setiausaha Politik Najib Wong Nai Chee berkata telah menjadi tradisi bagi Perdana Menteri untuk menghantar kad ucapan setiap kali Tahun Baru Cina.

"Tetapi di samping menghantar kad, kami terfikir untuk melakukan sesuatu yang berbeza tahun ini," katanya.

Iklan itu, kata Wong, telah disiarkan di 11 saluran radio, termasuklah Red FM dan 988 FM.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan