Kewujudan 'Pasukan Impian' Kumpulan Peguam Dan Hakim Bersara Burukkan Sistem Perundangan Negara

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peguam memburukkan sistem undang-undang Malaysia dengan dakwaan dapat 'menyelesaikan' kes komersial.

Mereka dikenali sebagai "Pasukan Impian" di kalangan hakim-hakim bersara kerana peguam ini seolah-olah 'bermain bola' dengan 'jurulatih' mereka yang merupakan hakim bersara untuk mendapatkan 'kemenangan' (kes).

Di kalangan peguam litigasi, mereka dirujuk sebagai 'sindiket' atau 'kartel.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee mengesahkan kewujudan mereka.

"Kami sedar terdapat sindiket peguam penyangak yang berbangga dengan penguasaan pengaruh dan dorongan di luar mahkamah di samping advokasi di mahkamah," katanya.

"Mujur ia adalah sebuah kumpulan kecil.

Beliau menambah, kes-kes komersial yang dimegah-megahkan dan dikatakan mampu diselesaikan termasuklah pertikaian ke atas kontrak perniagaan dan harta keluarga serta pertikaian di antara pemegang saham dan pengarah syarikat yang biasanya melibatkan berjuta-juta ringgit.

Lim, bagaimanapun, menegaskan: "Majoriti hakim dan peguam adalah jujur dan hanya beberapa biji 'epal busuk' yang merosakkan reputasi yang lain.

Beliau juga ragu-ragu terhadap banyak tuntutan yang dibuat, yang menunjukkan bahawa "kebanyakan mereka mungkin mempunyai taktik untuk menipu pelanggan semata-mata dengan membayar lebih untuk khidmat undang-undang."

Tetapi untuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, 'kartel' ini telah menimbulkan kemarahan peguam litigasi yang melihat kaitan antara beberapa hakim dan peguam bersara.

Mereka berkata hakim yang telah bersara bertindak sebagai boneka dan bekas pegawai mahkamah bertindak sebagai fasilitator.

Peguam litigasi yang ditemuramah mengenai modus operandi sindiket memberi senario ini: > Seorang pelanggan menghubungi hakim bersara yang kemudiannya berhubung dengan hakim yang masih berkhidmat.

> Di pejabat, bekas pegawai mahkamah akan mengatur untuk akses kepada hakim-hakim tertentu.

> Bekas pegawai mahkamah mengambil kesempatan daripada amalan pendaftar yang menulis nota kes bagi hakim rayuan dengan mencadangkan bagaimana untuk memesongkan mereka.

Ditanya apakah tindakan yang telah diambil Majlis Peguam Lim berkata perkara ini telah diberitahu kepada Tun Zaki Tun Azmi ketika beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara dan penggantinya Tun Arifin Zakaria.

"Ketua Hakim Negara telah mengambil tindakan dan saya tidak diberitahu apa-apa kejadian yang serupa."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan