Jangan Cepat Buat Kesimpulan Mengenai RCI - Pengerusi SPR

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa meminta semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kesimpulan tentang perkara berkaitan dengannya yang disebut dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata oleh kerana siasatan RCI masih berterusan, maka adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak memberi komen yang menyalahkan mana-mana pihak berhubung perkara yang ditimbulkan dalam prosiding itu.

"Janganlah buat sebarang kesimpulan sebelum prosiding ini selesai. Janganlah tuduh SPR itu dan ini. Tak tepat. Belum habis. Tunggulah sampai habis. Kita hormatilah RCI," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata memberi komen ketika ini samalah seperti membuat kesimpulan tentang kesudahan cerita dalam sebuah filem yang belum habis ditayang.

"Pada awal cerita dalam filem tu, hero kena tembak. Tapi, janganlah buat kesimpulan hero tu dah mati. Pada penghujung cerita, rupa-rupanya dia pengsan saja," kata beliau.

Mengenai persiapan SPR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Abdul Aziz berkata suruhanjaya itu dianggar memerlukan RM78 juta untuk melaksanakan tugasnya di Sarawak, dengan lebih separuh daripada jumlah itu diperlukan untuk menyewa kenderaan untuk kegunaan petugasnya.

Katanya jumlah yang diperlukan itu adalah yang paling tinggi berbanding untuk negeri lain berikutan keluasan Sarawak.

Terdahulu, beliau menyerahkan surat pelantikan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati tempatan bagi PRU ke-13 di Sarawak.

Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Aziz berkata empat persatuan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak akan memantau proses pilihan raya di kawasan Kuching.

Persatuan Melanau Sibu dan Dewan Perniagaan Cina Sibu akan bertindak sebagai pemerhati bagi kawasan Sibu, manakala Persekutuan Orang Ulu Malaysia dan Persatuan Cina Miri menjadi pemerhati bagi kawasan Miri, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan