Adik Mendiang Claudia Berlepas Ke Lubnan Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adik kepada mendiang Claudia Theophilus, Dora Theopilus, 36, (kiri) kelihatan sayu sebelum berlepas ke Beirut, Lubnan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa. Turut kelihatan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh. 

-fotoBERNAMA
Adik kepada mendiang Claudia Theophilus, Dora Theopilus, 36, (kiri) kelihatan sayu sebelum berlepas ke Beirut, Lubnan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa. Turut kelihatan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh. 

-fotoBERNAMA

SEPANG: Adik mendiang Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera yang maut terkena tembakan Sabtu lalu di Lubnan, berlepas ke negara itu pada Selasa untuk urusan membawa pulang mayat mendiang.

Dora Theophilus, 36, menaiki pesawat Emirates Airline pukul 11 pagi Selasa dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut, Lubnan kira-kira pukul 6.25 petang waktu Beirut (12.25 pagi waktu Malaysia).

Dora diiringi kenalan rapat Claudia yang enggan dikenali serta dua wakil dari Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, akan mengenal pasti dan menuntut mayat kakaknya yang ditempatkan di Bakleen, Lubnan, Rabu.

Mayat mendiang dijadual dibawa pulang ke tanah air Jumaat ini dengan perbelanjaan ditanggung Al-Jazeera.

Dora ketika ditemui pemberita sebelum itu enggan mengulas lanjut namun berharap proses membawa pulang mayat kakaknya akan berjalan dengan lancar.

"Saya menghargai sokongan daripada rakan, saudara mara serta majikan Claudia sejak mengetahui mengenai insden tersebut. Kami sekeluarga amat menghargai sekiranya pihak media boleh menghormati privasi kami dan berdoa untuk rohnya (Claudia)," katanya.

Dilaporkan Claudia yang berkhidmat dengan agensi berita Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakannya di Bakleen, Lubnan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan