Wartawan Malaysia Mati Ditembak Di Lebanon

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Claudia Theophilus
Claudia Theophilus

PETALING JAYA: Seorang wartawan Al-Jazeera warga Malaysia, Claudia Theophilus, 42, mati ditembak di pergunungan Baakleen, Lebanon kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Claudia bersama dua lagi rakannya.

Salah seorang daripada mereka melaporkan insiden itu kepada polis.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai berita kematian itu kepada Kedutaan Malaysia di Beirut.

Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Ilango Karuppannan mengesahkan pada Ahad bahawa Claudia mati ditembak tetapi butiran lanjut masih belum diterima.

Beliau berkata, mayat Claudia telah dibawa ke sebuah hospital di Baakleen dan proses autopsi sudah dilakukan.

"Kami dalam perjalanan ke sana sekarang," katanya kepada The Star.

Beliau berkata, Claudia tiba di Lebanon pada 28 Januari untuk melawat rakannya di negara itu yang dikenalinya sejak 2010.

Menurut polis, Claudia maut selepas selaras rifle dipegangnya tiba-tiba meletup dan mengenainya.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Ahad menyebut keluarga Claudia telah dimaklumkan mengenai kematiannya.

Claudia Theophilus merupakan penerbit bahagian online bahasa Inggeris di Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar.

Dia pernah bekerja dengan The Sun dan Malaysiakini.

Baakleen adalah sebuah bandar di kawasan pergunungan Lebanon yang terletak di daerah Chouf, 45km dari tenggara Beirut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan