Syabas Perlu Sedia Butir Perbelanjaan Peruntukan RM120 Juta - Abdul Khalid

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberikan butiran terperinci rancangan syarikat itu dalam membelanjakan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan persekutuan sepatutnya menyokong usaha penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor dan bukannya meluluskan bantuan kewangan kepada Syabas yang didakwa gagal menguruskan bekalan air bersih dengan baik di negeri itu.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syabas bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor.

Khalid berkata walaupun Syabas menerima pinjaman mudah dari kerajaan persekutuan pada masa lalu, syarikat itu gagal menurunkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) kepada 19.98% seperti dijanjikan pada 2011.

Katanya, kegagalan tersebut menyebabkan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlepas peluang untuk mendapatkan penjimatan kira-kira 663 juta liter sehari (JLH) yang mana jumlah ini dapat menampung permintaan air hingga 2017.

"Sekiranya Najib berdegil untuk meneruskan pinjaman RM120 juta ini, kerajaan negeri akan meminta Syabas menyediakan segala butiran perbelanjaan bagi mengelak penyelewengan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan