Sistem Amaran Tanah Runtuh Dilaksana

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelaksanaan sistem amaran awal yang boleh menghantar isyarat sekurang-kurangnya dua jam sebelum berlakunya tanah runtuh sudah dimulakan.

Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tanah runtuh akan menerima amaran menerusi TV dan radio, membolehkan proses mengosongkan kawasan terjejas dengan cepat.

Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam proses mencipta sistem, menyerupai model berteknologi tinggi yang digunakan di kawasan berisiko tanah runtuh di Hong Kong.

JKR sudah mengendalikan kajian rintis di dua kawasan panas iaitu Bukit Antarabangsa di Selangor dan laluan Tapah-Cameron Highlands.

"Kami menyasarkan ketepatan 90%, jadi ia memerlukan banyak data mengenai pola hujan dan intensiti dalam kawasan terdedah," kata Ketua Unit Kejuruteraan Cerun, Dr Che Hassandi Abdullah.

Sistem Amaran Tanah Runtuh (LWS) JKR sedang diuji di Bukit Antarabangsa.

Beliau berkata, cabaran jabatan itu adalah untuk memastikan ia benar-benar tepat bagi mengelakkan sebarang amaran palsu.

Sistem tersebut dibina untuk memberi amaran sekurang-kurang dua jam awal, berbanding penanda aras tiga jam yang diset di Hong Kong.

Jabatan itu mengenal pasti 21,000 kawasan berisiko tanah runtuh di negara ini dengan 16,000 atau 76% di Semenanjung Malaysia manakala kira-kira 3,000 di Sabah dan 2,000 di Sarawak.

Berdasarkan jumlah data yang diperlukan untuk memastikan ketepatan, pelaksanaan penuh boleh mengambil masa sehingga lima tahun.

Dr Hassandi berkata data dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan dianalisis dengan corak taburan hujan dan intensiti yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh sebelum ini.

JKR akan menggunakan sistem komunikasi satelit bergerak untuk menghantar data dari kawasan yang dipantau ke sistem pemantauan pusat yang diuruskan oleh bahagian kejuruteraan cerun.

Dr Hassandi berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membenarkan amaran tersebut disiarkan menerusi televisyen dan radio sekiranya sistem amaran benar-benar tepat.

"Kami juga akan meletakkan papan tanda untuk memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menggunakan jalan raya di kawasan yang dilanda tanah runtuh. Sekiranya tanah runtuh berlaku dengan teruk, MKN akan memutuskan sama ada penduduk perlu dipindahkan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan