PM Terima Kunjungan Hormat Rombongan Dari Guangxi Zhuang

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menerima kunjungan hormat rombongan dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di pejabat perdana menteri di sini.

Rombongan yang diketuai Peng Qinghua, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China (CPC) itu mengadakan perjumpaan selama 30 minit dengan perdana menteri.

Mereka membincangkan mengenai kemajuan pembangunan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou di China.

Najib turut menerima dram gangsa daripada rombongan itu.

Dram gangsa itu membawa maksud kuasa, tuah dan berkat.

Anggota lain dalam delegasi itu termasuk Naib Gabenor Guangxi Lan Tianli, timbalan setiausaha agung pejabat jawatankuasa CPC Guangxi Lin Huaiyong, timbalan setiausaha agung kerajaan Guangxi Wei Ran, ketua pengarah pejabat hal ehwal luar Guangxi Li Wenjie, pengerusi Guangxi Beibu Gulf Port Group Ye Shixiang, dan Duta China ke Malaysia, Datuk Chai Xi.

Jia Qinglin, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik China (CPPCC) dijadual tiba di sini malam Isnin dan akan melancarkan MCKIP bersama Najib pada Selasa.

Dalam tempoh lawatan Jia ke Malaysia dari 4 hingga 7 Februari, beliau akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menubuhkan kampus Universiti Xiamen di Malaysia di Salak Tinggi.

Menurut jadual awalnya, Ji akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan perdana menteri.

Lokasi MCKIP adalah strategik, kira-kira 1,104 batu nautika ke Taman Perindustrian Qinzhou, China, dengan anggaran tiga hingga empat hari masa pelayaran dari MCKIP.

Idea penubuhan MCKIP dicetuskan sebagai tindak balas kepada Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia yang diberikan status kebangsaan oleh Majlis Negara China.

Taman itu merupakan taman perindustrian pertama di Malaysia yang dimajukan secara bersama oleh Malaysia dan China, pada anggaran kos kasar pembangunan sebanyak RM1.5 bilion.

MCKIP, yang akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun, dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 5,500 dengan nilai jumlah pelaburan menjelang 2020 sebanyak RM7.5 bilion.

Majlis pecah tanah untuk taman itu akan diadakan pada 5 Februari 2013 dan akan dirasmikan oleh Jia dan Najib. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan