PAS, DAP & PKR Akan Terus Bergolak Meskipun Bentuk Kerajaan Pusat

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Prof Zainal Kling
Prof Zainal Kling

PETALING JAYA: Pergolakan sesama sendiri antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan terus berlaku meskipun mereka berjaya membentuk kerajaan suatu hari nanti.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr Zainal Kling berkata, perbezaan pendapat, prinsip dan ideologi yang berbeza antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) menjadi asas utama mereka tidak boleh bersatu.

"Ketiga-tiga parti ini memang akan berselisih pendapat sampai bila-bila, dari segi asas ideologi mereka sahaja bertentangan antara satu sama lain. Tidak hairan jika mereka berjaya memerintah negara sekalipun mereka tetap akan bergaduh.

"Mereka hanya boleh bersatu dan bekerjasama dalam misi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sahaja tidak sebab lain," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara berkata, walaupun PR cuba bersatu melalui manifesto Buku Jingga namun ia hanyalah agenda yang akan dilaksanakan sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Buku Jingga hanya janji dan manifesto mereka jika berjaya memerintah negara, tapi jika dilihat cara mereka dalam menangani isu di negeri masing-masing, mereka masih berbeza pendapat dan ideologi.

"Negeri-negeri yang diperintah oleh mereka seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor semuanya berhadapan dengan perbezaan prinsip masing-masing," ujar Zainal.

Tambahnya, konflik antara parti timbul apabila pihak kepimpinan goyah dan menjadi lalang bila kes-kes tersebut timbul melibatkan rakan parti.

"Seperti PAS yang sering berdiam diri apabila DAP mempersoalkan keputusannya dalam isu-isu keagamaan," kata beliau lagi.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan