Jangan Soal Hak PM Bila Hendak Umum PRU13 - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mana-mana anggota Pas yang tidak faham mengenai hak Perdana Menteri dalam soal bila hendak mengumumkan pilihan raya umum (PRU) sepatutnya terlebih dahulu menggesa pemimpin pakatan pembangkang mengadakan PRU di negeri yang dikuasai mereka dan bukan menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak 'pengecut atau takut'.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata isu Perdana Menteri hendak mengumumkan bila pilihan raya umum hendak diadakan adalah hak beliau.

"Dalam soal ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak lebih faham apabila menyatakan ia adalah haknya untuk mengistiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Nampaknya ahli-ahli Pas sahaja tidak faham.

"Kita (Barisan Nasional) tiada masalah jika mereka hendak bubar DUN sekarang tapi apa salahnya PRU diadakan sehingga tempohnya matang April ini," katanya semasa diminta mengulas pemimpin Pas yang menyifatkan Najib takut hendak mengadakan PRU sekarang.

Seorang pemimpin muda Pas yang juga timbalan Speaker DUN Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki dalam ceramahnya pada Karnival Kedah Sejahtera Parlimen Pokok Sena di markas Pas Pokok Sena tiga malam lepas menyifatkan Perdana Menteri pengecut dan takut dengan sokongan yang diterima pakatan pembangkang menyebabkan beliau melewatkan PRU.

Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata ditemui semasa meninjau pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat DUN Bakar Bata di Dewan Bangunan Persekutuan Anak Bukit, dekat sini, Ahad.

Mengulas peluang BN Kedah merampas kembali negeri ini dari pakatan pembangkang, beliau yakin penerimaan dan sokongan rakyat telah berubah.

"Saya harap perubahan ini kekal dan memihak kepada BN dan ini mungkin strategi Perdana Menteri melewatkan PRU untuk memberi masa kepada rakyat menilai kerajaan BN," katanya.

Mengenai dakwaan Azizan bahawa wakil-wakil rakyat BN memboikot perasmian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah 29 Januari lepas, beliau berkata ia adalah satu pembohongan.

"Dulu masa kita perintah, kita jemput mereka tetapi mereka tidak hadir. Kita faham ketidakhadiran itu mungkin kerana mereka terikat dengan program sendiri... begitu juga dengan kita," kata Ahmad Bashah.

Azizan dalam ceramahnya pada karnival itu menyatakan wakil-wakil B Nmemboikot perasmian KUIN kerana hanya ADUN Bayu, Datuk Azmi Hussein sahaja menghadirinya.

Mengenai pembayaran BR1M, Ahmad Bashah berpuas hati kerana ia berjalan lancar dan penerima menunggu tidak sampai 15 minit untuk menyelesaikan semua urusan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan