ATM Perkenal Dua Syarat Baru Dalam Pengambilan Pegawai, Anggota

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baru dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia.

Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata syarat baru yang diperkenalkan ATM itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.

"Syarat baharu ini kami mula laksanakan awal tahun ini iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.

"Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua, dan diploma dalam apa-apa bidang," katanya ketika ditemubual Bernama, di pejabatnya baru-baru ini.

Zulkifeli berkata syarat baharu kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Ini selaras dengan hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan sahaja mempunyai kelebihan fizikal dan mental malah mempunyai kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan