Sukarelawan Muda Bantu Jakim Sedarkan Umat Islam Terhadap Hari Valentine

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 300 sukarelawan muda pada Sabtu menyertai program turun padang bagi menyedarkan umat Islam terhadap pentingya mereka tidak meraikan Hari Valentine pada setiap 14 Februari.

Program "Jerat Hari Valentine" itu mensasarkan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Masjid As-Syakirin Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Antara lokasi ialah sekitar KLCC, Bukit Bintang, Masjid India, KL Sentral, Puduraya dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Othman berkata, tenaga dan kemahiran sukarelawan muda berusia antara 19 hingga 25 tahun itu dapat memberi pengaruh yang baik dalam memberi nasihat dan penjelasan berhubung Hari Valentine kepada masyarakat Islam terutamanya dari golongan muda.

"Ini adalah kali pertama Jakim melibatkan golongan muda dalam menangani isu Hari Valentine.

"Golongan sasaran ialah remaja dan ibu bapa Islam, serta masyarakat sekitar," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mokhtar berharap umat Islam, khususnya ibu bapa mengambil berat mengenai larangan merayakan hari Valentine yang mempunyai unsur-unsur Kristian dan bercampur dengan perbuatan maksiat.

Larangan itu dikeluarkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-71 pada 2005.

Salah seorang peserta, pelajar universiti tempatan Siti Balqis Samsudin, 23, berkata program ini dapat membina keyakinan dan keberanian untuk membendung masalah gejala sosial di kalangan anak muda Islam.

Siti Wan Norain Mohammad Azman, 19, berkata, walaupun rasa takut sekiranya dipandang serong kerana menasihati orang lain tetapi beliau tetap positif untuk hadir bagi memberi sokongan dan bantuan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan