PM Lancar Program My Beautiful Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meluangkan masa memeriahkan beberapa aktiviti sempena pelancaran My Beautiful Malaysia bersama penduduk di Kampung Taman Medan di sini.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada pukul 9 pagi di Padang Taman Medan Cahaya disambut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta penduduk setempat.

Najib turut bersarapan bersama pemimpin Umno dan Barisan Nasional Selangor sebelum menyusun bata di Surau At-Taufiqiyyah bagi projek pembinaan bangunan tambahan surau itu.

Perdana Menteri turut menyertai acara gotong royong mengecat bangunan Sekolah Menengah Taman Medan bersama warga tempatan Kampung Medan selain menanam pokok buah-buahan di kawasan tapak acara bersama sukarelawan My Beautiful Malaysia.

Dalam acara berasingan, Rosmah melawat Tadika Kemas Mutiara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan serta menyertai aktiviti bersama kanak-kanak pintar, aktiviti menyusun puzzle dan mewarna dan aktiviti kraftangan orang dewasa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan