Dua Remaja Perempuan Hilang Lebih Empat Hari

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dua remaja perempuan hilang lebih empat hari dan menyebabkan ibu bapa mereka bimbang sekiranya kedua-dua anak mereka mungkin diculik.

Chen Poh Choo, 15, dan adiknya Chen Poh Fong, 13, kali terakhir dilihat ibu mereka Lee Lay Ching pada tengah hari Rabu sebelum pergi ke sekolah.

Namun, guru memberitahu ibu bapa remaja terbabit bahawa mereka tidak hadir ke sekolah.

"Saya bimbang kerana kebiasaannya mereka akan sampai di rumah pada pukul 7 malam.

"Apabila suami saya tiba di ruma kira-kira pukul 8 malam, kami mencari mereka di sekitar kawasan sekolah dan juga di rumah kawan-kawan mereka," kata Lee, seorang suri rumah berusia 35 tahun.

Lee berkata, kedua-dua anaknya itu akan berjalan kaki ke sekolah yang hanya mengambil masa selama 10 minit.

Lee dan suaminya, Chen Fook Chai membuat laporan polis pada pukul 12.30 tengah malam pada Khamis selepas gagal mengesan kedua-dua anak mereka itu.

Chen, seorang pemandu lori memberitahu pemberita pada Ahad bahawa adalah mustahil kedua-dua anaknya itu melarikan diri kerana baru-baru ini mereka meminta untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina di kampung halaman Lee di Labis, Johor.

Kedua-dua remaja terbabit tidak membawa bersama pakaian tambahan dan hanya mempunyai wang saku sebanyak RM1 setiap seorang.

Poh Choo dilihat kali terakhir memakai pakaian seragam sekolah manakala Poh Foong menggunakan baju-T dan seluar trek.

Chen berkata, tiada perselisihan faham berlaku di antara mereka baru-baru ini.

Katanya, kedua-dua remaja terbabit tidak mungkin melarikan diri bersama-sama kerana mereka tidak rapat dan sering bertengkar.

"Poh Choo memiliki telefon bimbit tetapi ia telah dipadamkan," katanya.

Poh Fong tidak mempunyai masalah disiplin tetapi Poh Choo pernah diberi amaran akan digantung sekolah selama seminggu kerana ponteng kelas.

"Seorang guru memberitahu saya bahawa Poh Choo mungkin digantung sekolah tetapi sehingga hari ini notis tersebut belum dikeluarkan," kata Chen.

Chen dan Lee ditemui pemberita pada sidang media anjuran Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Dr Ching Eu Boon yang berkata ahli MCA akan diminta untuk membantu mencari kedua-dua remaja terbabit.

"Jika pada Isnin mereka masih gagal dikesan, kami akan mencetak poster dan mengedarkan kepada orang ramai pada Selasa.

"Saya bimbang sekiranya mereka diculik dan dihantar ke Thailand," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja terbabit supaya menghubungi polis, pejabat MCA Klang di talian 03-31679897 atau Setiausaha Pemuda MCA Klang, David Foo 017-3659897.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan