BR1M Bukan Umpan BN Raih Undi - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua bukan merupakan umpan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 seperti didakwa pihak pembangkang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemberian BR1M 2.0 merupakan tanggungjawab kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat dan sangat diperlukan dalam keadaan semasa ekoran kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, pemberian BR1M sebenarnya memberi impak secara langsung kepada ekonomi negara kerana rakyat akan berbelanja wang berkenaaan dan memberi kesan berterusan kepada negara.

Ahmad Shabery, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemberian BR1M 2.0 adalah 'gula-gula' terakhir kerajaan bagi memancing undi rakyat seperti dilaporkan dalam sebuah portal berita.

Terdahulu beliau menyampaikan BR1M 2.0 peringkat Parlimen Kemaman kepada kira-kira 3,000 penerima melibatkan RM1.5 juta di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, Sabtu.

Ahmad Shabery berkata, pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan menjelang PRU ke-13 bagi menutup ketidakmampuan menunaikan janji seperti terjadi di beberapa negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, keseluruhan penerima BR1M 2.0 di Kemaman adalah berjumlah lebih 20,000 orang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan