BN Mahu Semua Negeri Nikmati Pembangunan - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu nikmat kemajuan pembangunan yang dicapai negara ini turut dinikmati semua negeri termasuk Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata menjadi perjuangan BN untuk seluruh rakyat dapat nikmat yang saksama dan adil tetapi perkara itu tidak berlaku di Kelantan kerana kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS mentadbir negeri itu selama 22 tahun.

"Saya nak nyatakan dalam tempoh PAS terajui negeri Kelantan lebih 22 tahun lamanya, kalau dalam tempoh itu sepatutnya Kelantan menjadi salah sebuah negeri termaju di negara ini," katanya ketika berucap pada Program Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, di sini, Khamis malam.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Menteri Pelancongan merangkap Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Muhyiddin, yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata beliau yang kerap melawat negeri itu mendapati kemudahan asas jauh ketinggalan serta ramai penduduk miskin terutamanya di kawasan luar bandar.

"Saya merasa sedih masih terdapat agak ketara peratus kemiskinan rakyat Kelantan lebih tinggi berbanding negeri lain, saya lihat kemudahan asas tidak disediakan, jalan kampung tidak dibina, masalah bekalan air yang kotor terus berlarutan," katanya.

Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dan Menteri Pelajaran, berkata keadaan itu amat malang bagi rakyat negeri itu yang terkenal dengan kebijaksanaan dan semangat keusahawanan yang tinggi, namun tidak mampu direalisasikan oleh kerajaan PAS.

Justeru, beliau menyeru rakyat Kelantan menolak PAS dan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak ada keupayaan dan kemahiran untuk menjadikan negeri ini maju setanding dengan negeri lain.

Beliau berkata selain tujuh projek besar yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, banyak lagi projek besar yang akan dilaksanakan di negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau juga membidas Nik Aziz yang terus mengeluarkan 'fatwa' kononnya jika pemimpin gagal menunaikan janji mereka tidak akan dimasukkan dalam syurga.

Sebenarnya, Muhyiddin berkata kerajaan BN mampu menunaikan janji yang dibuatnya kerana mempunyai kemampuan untuk melaksanakanya bagi kepentingan rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan